suria

Hampir pengsan berlatih ketika cuaca terik, peminat puji sikap profesional TWICE

TWICE dipuji kerana mengekalkan sikap profesional apabila terpaksa berlatih dibawah matahari terik.

PEMINAT berasa kasihan terhadap anggota kumpulan TWICE ketika melihat mereka menjalani latihan untuk persembahan MBC Music Kpop Concert di Guam baru-baru ini.

Mana tidaknya, TWICE berlatih dalam cuaca terik dan mereka masing-masing kelihatan kepenatan dan berpeluh-peluh ketika di atas pentas.

Lebih mengejutkan, salah seorang anggotanya Nayeon dilihat mahu termuntah kerana panas terik ketika asyik menyanyikan lagu Yes or Yes.

Bagaimanapun menurut laporan Koreaboo, peminat tetap kagum dengan semangat TWICE yang tidak berputus asa atau menjadikan cuaca sebagai alasan untuk tidak berlatih sebelum konsert berlangsung.

"Latihan itu melibatkan banyak pihak termasuk krew produksi... Semangat yang ditunjukkan oleh TWICE walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca terik harus dipuji dan menunjukkan sikap profesional mereka.

"Malah mereka masih mampu tersenyum apabila melihat peminat bersorak memberikan sokongan ketika latihan dijalankan," kata peminat.

TWICE

Artikel Lain