suria

BTS hadir ke Anugerah Grammy sebagai penyampai trofi

BTS akan membuat kemunculan sebagai penyampai trofi di Anugerah Grammy 2019.

KUMPULAN kpop terkenal BTS diumumkan sebagai antara selebriti yang ditugaskan sebagai penyampai trofi di Anugerah Grammy 2019 yang bakal berlangsung pada 11 Febuari ini.

MESKIPUN tidak mendapat sebarang pencalonan kategori utama Anugerah Grammy 2019 yang bakal berlangsung pada 11 Febuari ini, kumpulan kpop terkenal BTS tetap akan menghadiri acara berprestij itu.

E! Online bagaimanapun melaporkan BTS mempunyai tugas penting menerusi acara itu apabila bakal bertindak sebagai penyampai trofi.

Namun tidak didedahkan BTS akan menyampaikan trofi untuk kategori mana pada malam itu nanti.

Untuk rekod, BTS hanya menerima satu pencalonan menerusi kategori Pakej Rakaman Terbaik untuk kulit album Love Yourself: Tear.

BTS, Grammy

Artikel Lain