suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elton John Mengamuk Disentuh Peminat

Elton John mengamuk apabila seorang peminat menyentuhnya ketika dia sedang membuat persembahan.

PENYANYI terkenal Elton John dilaporkan mengamuk apabila salah seorang peminat yang dijemput naik ke pentas menyentuhnya ketika dia sedang membuat persembahan ketika bermain piano.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, Elton memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak menyentuhnya sebelum bertindak meninggalkan pentas.

Kejadian itu membuatkan beberapa peminat lain yang turut berada di pentas terkejut dengan sikap penyanyi legenda itu.

"Anda telah merosakkan malam ini! Kerana anda juga tiada lagi peminat akan dijemput naik ke pentas," katanya.

Elton mengadakan persembahan residensi di Las Vegas pada Khamis lalu menurut laporan Mirror.

Akibat kejadian itu, semua peminat diminta kembali ke tempat duduk masing-masing manakala lelaki yang cuba menyentuhnya dihalau keluar daripada dewan.

Elton kemudiannya kembali ke pentas untuk meneruskan persembahan.

Elton John

Artikel Lain