suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemaruk Anugerah, Pencuri Trofi Oscar Ini Memang Tak Tahu Malu

MENCURI trofi anugerah milik orang lain mungkin adalah jalan terakhir yang akan dilakukan jika seseorang itu betul-betul 'kemaruk' untuk memilikinya.

Namun tindakan lelaki bernama Terry Bryant, 47, melarikan salah satu trofi anugerah Oscar ketika menyertai jamuan selepas majlis pada Ahad lalu dilihat tidak masuk akal.

Dia dengan sengaja mencuri trofi milik Frances McDormand yang diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi Three Billboards Outside Ebbing.

Menariknya Bryant sendiri memuat naik video dia menggenggam trofi berkenaan sambil berjalan keluar daripada Anugerah Akademi kali ke-90 yang berlangsung di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles, California Ahad lalu.

Namun polis Los Angeles memaklumkan bahawa suspek telahpun ditahan.

Oscar

Artikel Lain