suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengebumian Jae Tae Soo Secara Tertutup

Dikatakan majlis pengebumian Jae Tae Soon telah berlangsung pada Selasa.

BERITA kematian aktor Jeon Tae Soo ternyata mengejutkan peminat K-Pop seluruh dunia.

Menurut portal Allkpop, upacara pengebumian telah diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Seoul, Korea Selatan pada Selasa.

Malah, dikatakan sebuah ruangan istiadat pengebumian juga telah didirikan di hospital dia menjalani rawatan.

Aktres Ha Ji Won (kanan) membatalkan semua aktiviti seninya selepas mendapat berita kematian adiknya yang juga pelakon Jae Tae Soon.

Sumber turut memaklumkan majlis penghormatan terakhir itu hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.

Dalam perkembangan yang sama, kakak mendiang iaitu Ha Ji Won turut membatalkan kesemua program membabitkan dirinya.

Terdahulu, Jeon Tae Soo meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-34 pada Ahad lalu dan berita itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, Haewadal Entertainment.

Koreaboo melaporkan Tae Soo mengalami masalah kemurungan dan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang lokasinya dirahsiakan.

Ha Ji Won, Jae Tae Soon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain