suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jae Tae Soo Meninggal Dunia Ketika Jalani Rawatan

Aktres Ha Ji Won (kanan) membatalkan semua aktiviti seninya selepas mendapat berita kematian adiknya yang juga pelakon Jae Tae Soon.

PELAKON Jeon Tae Soo meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-34 pada Ahad lalu dan berita itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, Haewadal Entertainment.

Koreaboo melaporkan Tae Soo mengalami masalah kemurungan dan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang lokasinya dirahsiakan.

"Tae Soo meninggal dunia pada 21 Januari yang mana ia juga adalah hari jadinya yang ke-34 tahun.

"Dia sudah lama menderita masalah kemurungan dan sedang menjalani rawatan sehinggalah dia meninggal dunia," kata kenyataan itu.

Tae Soo yang juga adik kepada pelakon Ha Ji Won itu juga dikatakan ingin kembali aktif berlakon selepas mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, keluarga mendiang meminta agar diberikan privasi selain mengucapkan terima kasih atas ucapan takziah diterima daripada peminat.

Ji Won juga dilaporkan membatalkan semua kemunculannya untuk menguruskan pengebumian adik kesayangannya itu.

Sebelum ini, dunia kpop dikejutkan dengan berita kematian penyanyi kumpulan SHINee, Jonghyun yang membunuh diri disebabkan kemurungan.

Jae Tae Soo, Ha Ji Won

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain