suria

Kim Kardashian, Kanye Umum Nama Anak Ketiga

Kim Kardashian dan Kanye West umum nama bayi ketiga mereka. Foto: AP

AKHIRNYA pasangan sensasi Kim Kardashian dan Kanye West mengumumkan nama anak ketiga mereka melalui laman web miliknya pada Jumaat.

Menerusi posting khas itu, pasangan ini bersepakat menamakan bayi perempuan mereka, Chicago West.

Dalam muat naik tersebut, Kim turut menulis mengenai maklumat kelahiran anak yang dilahirkan oleh ibu tumpang itu.

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan maksud disebalik nama tersebut dan foto wajah bayi tersebut turut tidak disertakan.

Kim umum nama anak menerusi laman web miliknya pada Jumaat. Foto: www.kimkardashianwest.com

Menurut laman People, dipercayai bayi ini tidak memiliki nama tengah sama seperti kakak serta abangnya iaitu North dan Saint West.

Rata-rata netizen di laman sosial memberikan reaksi berbeza mengenai nama tersebut. Ada yang berpendapat nama tersebut unik dan tidak kurang juga yang berasakan nama tersebut tiada keistimewaannya.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul sehinggakan ada yang menyangka foto jenama Louis Vuitton yang dimuat naik oleh Kim di Instagram bakal menjadi nama bayi tersebut.

Chicago West dilahirkan dengan berat 3.34 kilogram, pukul 12.47 pagi pada 15 Januari lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain