suria

Louis Vuitton Nama Anak Ketiga Kim Kardashian, Kanye?

Pasangan bahagia Kim dan Kanye. Foto Instagram: @kimkardashian

PASANGAN selebriti Kim Kardashian dan Kanye West sedang melalui detik bahagia selepas menerima kehadiran anak ketiga pada Isnin.

Bayi perempuan yang dikandungkan oleh ibu tumpang itu lahir dengan berat 3.34 kilogram dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Menurut People, netizen mula mengandaikan nama bayi mereka itu ialah Louis Vuitton (LV).

Perkara tersebut mula menjadi topik perbualan peminat apabila Kim memuat naik foto jenama terkemuka dunia itu tanpa sebarang kapsyen di laman Instagram.

"Mungkin LV nama anak mereka, Kim dan Kanye suka bagi nama unik kepada anak mereka.

Foto ini membuatkan netizen membuat spekulasi mengenai nama anak ketiga Kim dan Kanye.

"Rasanya nama bayi ini ialah Louise Vuitton kerana Louis itu untuk lelaki. Jadi untuk perempuan mestilah Louise," komen netizen.

Menyedari khabar angin ini diperkatakan, Kim menerusi laman Twitter miliknya memuat naik status penjelasan.

"Bukan! Posting itu sebab saya baru melihat show terbaru Kim Jones (pengarah LV) dan saya kagum dengan penampilan Naomi Campbell dan Kate Moss, sebab itu saya muat naik foto itu," tulisnya.

Terdahulu, menerusi laporan media Hollywood, Kanye memberitahu masih mencari nama yang sesuai untuk anak mereka itu.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Berikut

Artikel Lain