suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Chicago West' Pilihan Kim Kardashian

Kim Kardashian mengumumkan nama anak ketiganya di Instagram pada Sabtu lalu.

BINTANG realiti Kim Kardashian akhirnya mengumumkan nama anak ketiga yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang iaitu Chicago West.

Kim membuat pengumuman nama bayi perempuannya itu di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam posting berkenaan, dia turut mendedahkan secara terperinci maklumat kelahiran Chicago yang dilahirkan pada 15 Januari lalu dengan berat 3.34 kilogram.

Kim mendedahkan nama anak di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Kim belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya itu kepada umum.

Dia juga tidak menjelaskan makna nama bayi itu yang sama dengan nama sebuah bandar di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, netizen beranggapan nama Chicago diambil berikutan suaminya, penyanyi rap Kanye West dibesarkan di bandar tersebut sejak berusia tiga tahun.

Kim Kardashian, kanye West

Artikel Sebelum

Artikel Lain