suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner Akan Aktif Selepas Bersalin

SEJAK khabar angin tentang kehamilan anak kekasihnya Travis Scoot, Kylie Jenner menghilang daripada media sosial.

Menurut sumber, wanita berusia 20 tahun ini sedang berehat panjang dan akan kembali aktif selepas melahirkan cahaya mata.

Tambah sumber yang dipetik ET Online, Kylie juga tidak sabar untuk aktif dan menjadi perhatian semula.

"Kylie sedang berehat di rumah dan menikmati masa indah dalam hidupnya. Dia menikmati saat dirinya tidak mendapat perhatian.

"Ini juga pertama kali dalam hidupnya tidak diikuti kamera dan mendapat privasi media," katanya.

Sumber berkata, dia akan membuat pengumuman di laman sosial dan memperkenalkan bayinya kepada umum.

Dia juga akan menjelaskan mengapa dia mengambil tindakan menyepi daripada media sosial dalam tempoh kehamilan.

Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain