suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoya Tinggalkan INFINITE Demi Karier Solo

Kontrak Hoya dengan syarikat pengurusan tamat pada 9 Jun lalu.

PENYANYI Hoya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan INFINITE dan perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusannya iaitu Woollim Enertainment.

Soompi melaporkan, kontrak Hoya bersama agensi itu tamat pada Jun lalu dan selepas berbincang Hoya mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak dan bersetuju keluar daripada kumpulannya itu.

"Kontrak salah seorang ahli INFINITE, Hoya bersama kami sudah tamat pada 9 Jun lalu selepas bekerjasama dengan kami sejak tujuh tahun lalu. 

"Biarpun ia satu keputusan yang sukar tetapi Hoya telah membuat keputusannya selepas berbincang dengan kami," kata wakil agensi. 

Tambahnya lagi, Hoya mengambil keputusan itu kerana ingin meneruskan karier solo dan mereka menghormati kehendaknya itu dan akan terus menyokong kariernya.

"Biarpun Hoya keluar daripada INFINITE namun kesemua ahli lain iaitu Kim Sunggyu, Jang Dongwoo, Nam Woohyun, Lee Sungyeol, L dan Lee Sungjong masih kekal bersama kami.

"Malah kami masih menguruskan semua ahli kumpulan yang lain dan kami ada perancangan untuk tampil dengan projek baru," katanya.

Hoya, INFINITE

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain