suria

Hadiah Mewah Taeyang Buat Krew Produksi

Taeyang (dua dari kanan) bersama krew produksi dan hadiah yang diberikan kepada mereka.

TINDAKAN penyanyi Taeyang menghadiahkan barangan mewah kepada krew produksi program I Live Alone menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya, barangan yang diberikan bukan biasa-biasa sebaliknya daripada jenama mewah iaitu Fendi sebagai tanda penghargaannya kepada mereka.

Taeyang memberi hadiah itu selepas terlibat dalam penggambaran untuk dua episod program itu.

Lebih mengujakan ahli kumpulan Big Bang itu turut menghadiahkan barangan mewah kepada semua pelakon terlibat seperti Park Na Rae, Han Hye Jin dan Jeon Hyun Mo.

Dilaporkan setiap barangan diberikan bernilai lebih daripada RM10,000 dan ia dipilih sendiri oleh Taeyang mengikut personaliti masing-masing.

Taeyang, I Live Alone, Big Bang

Artikel Lain