suria

Kim Young Kwang Sedih Tak Dapat Bantu Woo Bin

Kim Young Kwang dan Kim Woo Bin berkawan baik sejak membintangi drama White Christmas.

PELAKON Kim Young Kwang berasa sedih kerana tidak dapat membantu rakan baiknya, Kim Woo Bin yang menjalani rawatan kanser.

Menerusi temubual baru-baru ini, Kim Young Kwang meluahkan rasa simpati terhadap Kim Wo Bin yang kini bertarung melawan kanser Nasopharyngeal.

"Saya bimbang dengan keadaan Woo Bin sekarang. Lagi menyedihkan sebagai kawan, saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk dia.

"Apa yang mampu saya lakukan hanya beri mesej sokongan dan berharap dia cepat sembuh. Saya percaya dia akan kembali sihat dan tunjukkan yang terbaik kepada semua," kata Young Kwang menerusi Soompi.com.

Agensi Woo Bin, SidusHQ mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak. Bagaimanapun, kanser tersebut dikesan dengan cepat dan masih lagi berada diperingkat awal.

Woo Bin kini menangguhkan penggambaran filem terbarunya untuk memberikan fokus terhadap rawatan kanser.

Kim Young Kwang, Kim Woo Bin

Artikel Lain