suria

Dikhabarkan Putus, Miley Cyrus & Liam Bercuti Di Malibu

Dugaan Miley saat dia dan Liam dikhabarkan bakal melangsungkan rumahtangga namun berselisih faham pula.

BAHARU sahaja berita tentang pasangan sensasi Miley Cyrus dan Liam Hemsworth bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Kini muncul pula khabar angin tidak sedap didengar bahawa hubungan pasangan ini sudah pun terputus di tengah jalan.

Khabar itu dilaporkan menerusi OK! Magazine yang mendakwa kedua-dua mereka bertengkar tentang hal perjanjian perkahwinan.

Aksi Miley yang cuba menutup wajahnya apabila cuba dirakam paparazzi.

Bagaimanapun, kenyataan itu hanya berita palsu semata-mata, berikutan kedua-dua mereka kini sedang bercuti di pulau Malibu.

Pasangan ini menghabiskan masa bersama di Malibu Country Mart seperti foto-foto paparazi yang tersebar di internet.

Menerusi foto itu, Miley menutup wajah apabila mengesan aksi percutiannya dirakam paparazi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain