suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kim Kardashian Dikritik Pakai Korset

ANAK Kim Kardashian iaitu North West menerima kecaman daripada netizen yang menganggap penampilan kanak-kanak itu tidak sesuai dengan usia.

North yang kini berusia empat tahun itu bergaya dengan gaun berwarna oren dikritik apabila dilihat turut mengenakan korset di bahagian luar baju tersebut.

Netizen meninggalkan komen negatif yang menganggap Kim cuba menggayakan anak kecil itu seperti seorang wanita dewasa.

Kim menjelaskan tentang fesyen baju yang digayakan anaknya.

Bagaimanapun, Kim tidak berdiam dan segera membalas kritikan tersebut di status Twitternya dengan memuat naik gambar sebenar baju yang dipakai North West.

Menurut Kim, korset yang dimaksudkan netizen itu bukanlah korset yang sering dipakai bagi menampilkan bentuk badan menarik.

Sebaliknya, ia hanya hiasan fesyen untuk baju kanak-kanak itu.

"Baju ini dibeli dengan fesyen sebegini. Itu bukan korset tapi hanya kain sebagai hiasan sahaja," ujarnya.

Kim Kardashian, North West

Artikel Lain