suria

Uee Mohon Maaf ‘Kantoi’ Bercinta

Uee (kiri) dan Kangnam menjalinkan hubungan sejak tiga bulan lalu.

PENYANYI Uee memohon maaf kerana menyebabkan kekeliruan selepas memuat naik status penafian secara peribadi di laman Instagram baru-baru ini.

Apabila gosip hubungan cinta Uee dan Kangnam mula menjadi bualan, Uee telah menafikannya menerusi akaun laman sosial. 

Namun selepas itu, portal hiburan Dispatch mendedahkan foto mesra mereka berdua di hadapan rumah Uee.

Foto mesra Uee dan Kangnam dirakam oleh jurugambar bebas. 

Bagaimanapun, agensi pengurusan Uee mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dua selebriti ini baru menjalinkan hubungan. 

Peminat menuduh Uee yang tidak jujur sebelum bukti hubungan cinta mereka didedahkan.

Uee mohon maaf atas kekeliruan yang terjadi menerusi laman Instagramnya. +

"Ketika saya memuat naik status tersebut saya terlalu panik kerana secara tiba-tiba berita saya bercinta dilaporkan sedangkan hubungan kami baru tiga bulan.

"Sekali lagi, saya memohon maaf kerana tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Untuk pengetahuan, saya dan Kangnam dalam proses mengenali hati budi. 

"Tujuan sebelum ini saya menafikan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada Kangnam dan krew drama produksinya.

"Namun, perkara tersebut tidak menganggu emosi kami berdua dan akan terus bersama. Terima kasih dan minta maaf sekali lagi!" tulis Uee.

Uee, Kangnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain