suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Diserang Sawan Bertemu Blackpink

Dua anggota kumpulan Blackpink kelihatan bimbang apabila mengetahui ada peminat mereka diserang penyakit sawan.

HASRAT kumpulan Blackpink untuk bertemu penyokong mereka bertukar tragedi apabila salah seorang peminat diserang penyakit sawan.

Koreaboo melaporkan ketika kejadian Blackpink baharu sahaja muncul di pentas utama sebelum seorang wanita tiba-tiba rebah dan sawan.

Kesemua anggota kumpulan itu terkejut dengan kejadian itu namun berjaya menenangkan diri sebelum meminta hadirin yang lain memberi ruang kepada wanita itu.

Blackpink kembali ke pentas untuk meneruskan acara.

Blackpink kemudiannya meninggalkan pentas utama untuk meredakan keadaan dan pihak perubatan tampil memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.

Bagaimanapun Blackpink kembali ke pentas untuk meneruskan acara bertemu peminat selepas keadaan kembali terkawal.

Ia adalah majlis bertemu peminat pertama yang diadakan oleh kumpulan itu sejak bergelar artis.

Blackpink

Artikel Lain