suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki & Song Hye Kyo Kahwin 31 Oktober

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Oktober depan.

PELAKON Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mendedahkah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta seperti mana digosipkan sebelum ini.

Lebih menarik pendedahan itu turut disusuli dengan pengumuman mereka bakal berkahwin pada Oktober depan!

Pengakuan itu dibuat pasangan itu selepas gosip mengenai hubungan mereka yang tidak berkesudahan sejak sama-sama membintangi drama bersiri Descendants of the Sun.

Malah pasangan itu dilihat bercuti di Bali, Indonesia dan menguatkan lagi gosip mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Menurut pihak pengurusan dua pelakon itu, Joong Ki dan Hye Kyo akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Oktober depan.

Bagaimanapun acara itu akan diadakan secara tertutup bagi menghormati keluarga mereka.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Lain