suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Buat Peminat Cemburu

Identiti dua gadis cantik bersama Justin ini masih menjadi misteri di kalangan peminat tegarnya.

KACAK, berpengaruh dan popular, Justin Bieber sememangnya diketahui antara bintang muda terkaya di dunia.

Malah sejak di awal kemunculannya lagi, bekas kekasih Selena Gomez ini sudah berjaya mencairkan hati ramai orang terutama para gadis.

Ditambah pesona ketampanan dan lagu-lagu indahnya, Justin dengan mudah mencuri hati sesiapa sahaja yang dia mahu di kalangan peminat-peminatnya sehingga ada yang makan hati dibuatnya.

Foto mesra ini buat ramai peminat Justin tak senang duduk.

Dan baru-baru ini, figura tersohor ini sekali lagi membuatkan hati para gadis terluka. Mana tidaknya, kelibat pelantun lagu Love Yourself ini sedang berjalan-jalan santai dengan dua orang gadis di kawasan selatan Perancis telah dirakam paparazi.

Menerusi foto tersebut, Justin yang hanya berseluar pantai dilihat agak mesra dengan tangan diletakkan di bahu kedua-dua gadis di sebelahnya sambil berbual mesra.

Hal ini pastinya membuatkan ramai yang cemburu sekali gus mengundang pertanyaan peminat-peminat tegarnya siapakah dua gadis di sisi Justin?

Adakah sekadar teman biasa atau lebih istimewa? Persoalan ini hanya Justin yang ada jawapannya.

Justin Bieber

Artikel Berikut

Artikel Lain