suria

Taeyang Bukan Artis 'Tin Kosong'

Taeyang membuat kajian tentang industri kpop dan kejayaan konsert jelajah dunia kumpulannya Big Bang bagi mendaptkan ijazah sarjana.

PENYANYI terkenal Taeyang membuktikan dia bukannya artis 'tin kosong' apabila berjaya merangkul ijazah sarjana dalam bidang Kebudayaan dan Seni dari Universiti Daejin, Korea Selatan.

Menariknya, Taeyang memilih untuk menulis tesis tentang kejayaan dirinya sendiri bersama kumpulan Big Bang yang mencipta fenomena di seluruh dunia.

Tesis bertajuk Pengaruh Jelajah Dunia Big Bang 2015, Taeyang membuat kajian tentang kepentingan muzik kpop selain membincangkan tentang aspirasi bagi mengangkat muzik kpop di peringkat dunia.

Dia menggunakan kejayaan Big Bang yang berjaya mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia selain pengalaman peribadinya dalam tulisannya itu.

Kajiannya itu turut dimuat naik dalam sistem Perpustakaan Kebangsaan Korea dan ia boleh di akses secara percuma.

Taeyang, Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Lain