suria

Jamie Foxx 'Terkena' Di Kelab Malam

Jamie Foxx seakan masih mahu merahsiakan hubungan sebenarnya bersama Katie Holmes biarpun keakraban antara mereka terjalin sejak 2013 lagi.

SEJAK 2013, ramai beranggapan keakraban Katie Holmes dan Jamie Foxx bakal berakhir dengan sebuah ikatan yang lebih kukuh. Namun sayang, hingga ke saat ini kedua belah pihak tetap berdiam diri soal status hubungan mereka yang sebenar.

Dalam satu temubual menerusi Graham Norton Show, Jamie dilihat terbuka berkongsi dan menjawab segala persoalan peminat mengapa pada usia 49 tahun, dia masih dilihat susah untuk mempunyai teman istimewa.

Malah keterbukaan Jamie berkongsi kisah cintanya secara umum tanpa langsung menyebut nama Katie membuatkan ada yang meramalkan dirinya seorang yang sukar menjalinkan hubungan dengan serius.

"Kehidupan di luar sana benar-benar tidak adil. Usiaku semakin tua namun masih ramai yang memberitahu aku kelihatan masih begitu muda," cerita Jamie sambil sempat berkongsi kisah lucu ketika dirinya berada dalam sebuah kelab.

"Saat itu aku di dalam sebuah kelab dan ada beberapa gadis memanggil namaku. Aku cuba untuk bermesra dengan mereka apabila ada diantaranya berkata: "Kami satu sekolah dengan anak gadismu", terasa aku harus lebih berhati-hati selepas ini," jelas bintang White House Down ini sambil menggeleng kepalanya.

Diakhir temubual, Jamie seperti ingin memberitahu yang dia kini masih lagi bujang. Hmm, apa pandangan anda tentang pengakuan Jamie kali ini? Adakah dia akan terus menyembunyikan status hubungannya bersama Katie?

Jamie Foxx, Katie Holmes

Artikel Berikut

Artikel Lain