suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Matang Kylie Jenner, Travis Scott

Hubungan Kylie Jenner dan Travis Scott semakin serius.

SELEBRITI Kylie Jenner, 19 dan Travis Scott, 25 dikatakan mempunyai hubungan yang sangat istimewa.

Menurut sumber terdekat, adik kepada Kim Kardashian ini semakin serius dengan kekasih barunya berbanding sebelum ini bersama Tyga.

"Sudah semestinya Kylie sedang dilamun cinta dengan Travis berbanding dengan bekas kekasih, Tyga.

"Walaupun hubungan masih baru, namun Kylie dan Travis dalam proses mengenali satu sama lain dan dia kelihatan lebih gembira.

Kylie dan Tyga berpisah secara baik. 

"Malah Kylie rasa seperti dia berada di peringkat hubungan yang lebih matang, penuh dengan kasih sayang, hormat dan kepercayaan.

"Yang pasti, tiada drama yang berlaku antara mereka," kata sumber menerusi laporan Hollywood.life.

Kylie dan Travis menjalinkan hubungan sejak April lalu selepas beberapa minggu Kylie dan Tyga berpisah setelah dua tahun bersama. 

Kylie Jenner, Travis Scott

Artikel Sebelum

Artikel Lain