suria

Akhirnya Miley Cyrus Dapat Apa Yang Dimahukan

Miley Cyrus.

MENERUSI temubual di ITV program Lorraine di London pada Jumaat lalu, penyanyi Miley Cyrus berkongsi tentang transfomasinya sebagai seorang selebriti.

Karier seni Miley, 24, bermula ketika dia berusia 12 menerusi program musikal di saluran Disney, Hanna Montana. Kerjayanya melonjak naik pada 2013 dan ketika itu juga album sulungnya, Bangerz mula mendapat perhatian.

Pada tahun yang sama, Miley mencetuskan kontroversi apabila hubungan dia dan tunangnya, Liam Hemsworth putus di tengah jalan dan menjadi bualan paling hangat di media sosial.

Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi mula berterbangan dan Miley dikatakan mula 'memberontak' sehingga hampir memusnahkan karier nyanyiannya.

Miley Cyrus lebih selesa menjadi dirinya dan gembira peminat menerimanya kembali. 

Namun, kini Miley bangkit semula dan mengembalikan semula kejayaan yang pernah dia perolehi.

"Saya rasa seperti saya sudah buktikan apa yang saya mahu lakukan. Saya dihormati sebagai seorang selebriti seperti yang saya mahukan," kata Miley.

Tambah Miley lagi, dia sentiasa bersikap terbuka tentang dirinya dan tidak kisah tentang penerimaan peminat terhadapnya.

"Apabila saya berfikir begini ia membuatkan saya lebih bebas dalam berkarya kerana saya boleh jadi diri sendiri dan peminat terima saya seadaanya," ujarnya.

Miley Cyrus

Artikel Lain