suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Dedah Nyaris Ditembak Ketika Dirompak

Kim Kardashian menangis ketika menceritakan detik-detik cemas ketika berhadapan dengan lima perompak ketika berada di Paris.

BINTANG realiti Kim Kardashian membuka mulut buat pertama kali berhubung kejadian dia dirompak di Paris pada Oktober tahun lalu.

Menerusi sedutan episod terbaharu program Keeping Up With The Kardashian, Kim dalam tangisan air mata memberitahu keluarganya dia bimbang akan mati apabila perompak mengugut untuk menembaknya.

"Perompak ingin menembak saya dari belakang dan memang tiada jalan keluar.

"Ketika itu memikirkan saya akan mati membuatkan saya berasa sangat sedih," katanya.

Terdahulu, Kim berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di hotelnya di Paris.

Isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya.

Kesemua perompak itu kemudiannya menggeladah kediaman Kim dan mencuri barangan kemas bernilai jutaan ringgit.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain