suria

Ken (VIXX) & Jin (BTS) Disangka Pasangan Kekasih

Hubungan akrab di antara Ken dan Jin telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

HUBUNGAN akrab di antara penyanyi popular Ken daripada kumpulan VIXX dan Jin (BTS) dipandang serong sehingga ada merasakan mereka menjalinkan hubungan sejenis.

Koreaboo melaporkan walaupun jadual kerjaya mereka padat dan daripada kumpulan berbeza namun mereka sering dilihat bersama.

Peminat mula membuat telahan yang mengatakan mereka adalah pasangan kekasih apabila Ken sering kali memuat naik gambar-gambar mesra di antara mereka di laman sosial.

Malah ada merasakan mereka tidak perlu terlalu menunjukkan keakraban mereka di laman sosial kerana ia akan mengundang fitnah.

"Mungkin benar mereka sahabat baik tetapi gambar-gambar yang dimuat naik selain aksi mereka ketika mengahdiri acara hiburan bersama amat mencurigakan," kata netizen.

Ken, Jin, VIXX, BTS

Artikel Lain