FILEM muzikal La La Land meraih tujuh anugerah di Anugerah Golden Globe 2017 yang sedang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles, Amerika Syarikat. Filem berkenaan diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Dalam Muzikal/ Komedi Terbaik yang menjadi milik Ryan Gosling, Pelakon Wanita Dalam Muzikal/Komedi Terbaik dimenangi Emma Stone dan Pengarah Terbaik pula milik Damien Chazelle. Manakala anugerah lain yang turut dibolot filem itu ialah Filem Terbaik, Skor Asal Terbaik, Lagu Asal Terbaik (Justin Hurwitz), dan Lakon Layar Terbaik (Damian Chazelle). Filem tersebut memenangi kesemua anugerah yang dicalonkan pada acara berkenaan. Ryan Gosling (kiri) dan Emma Stone bersama trofi kemenangan masing-masing. Ryan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih terhadap orang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dalam filem muzikal berkenaan. Dia turut berterima kasih kepada isterinya Eva Mendes yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini. Anugerah berpretij itu merupakan kali ke-74 yang dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA). Pelawak terkenal Jimmy Fallon bertanggungjawab mengendalikan acara penghargaan filem tersebut. Sementara itu, aktres Meryl Streep menerima anugerah Cecil B DeMille atas prestasinya sepanjang berkecimpung selama 46 tahun industri hiburan Hollywood. Berikut ialah senarai pemenang Anugerah Golden Globe 2017 Filem Terbaik - Drama Moonlight Filem Terbaik - Muzikal/Komedi La La Land Persembahan Terbaik Pelakon Wanita - Drama Isabelle Huppert - "Elle" Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki - Drama Casey Affleck - "Manchester by the Sea" Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/komedi Ryan Gosling - "La La Land" Pelakon Terbaik Wanita -Muzikal/Komedi Emma Stone - "La La Land" Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Aaron Taylor-Johnson - "Nocturnal Animals" Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Viola Davis - "Fences" Filem Animasi Terbaik "Zootopia" Pengarah Terbaik Damien Chazelle - "La La Land" Lakon Layar Terbaik Damien Chazelle - "La La Land" Skor Asal Terbaik "La La Land" Lagu Asal Terbaik "City of Stars" - "La La Land" Filem Luar Negara Terbaik "Elle" - (France) Kategori TV Drama TV Terbaik "The Crown" Pelakon TV Lelaki Terbaik Billy Bob Thornton - "Goliath" Pelakon TV Wanita Terbaik Claire Foy - "The Crown" Drama Siri Terbaik "Atlanta" Pelakon Lelaki Terbaik - TV Siri (Muzikal/komedi) Donald Glover - "Atlanta" Pelakon Wanita Terbaik - TV Siri (Muzikal/Komedi) Tracee Ellis Ross -"black-ish" Filem Terbaik - TV Simpson: American Crime Story" Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Drama TV Tom Hiddleston - "The Night Manager" Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama TV Olivia Colman - "The Night Manager" Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Drama Hugh Laurie - "The Night Manager" Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dalam Drama Sarah Paulson - "The People v. O.J. Simpson: American Crime Story"