suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Priyanka Chopra Terpilih Penyampai Trofi Anugerah Golden Globe

Priyanka Chopra diberi tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra terpilih sebagai salah seorang penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman rasmi anugerah itu di Twitter baru-baru ini.

Turut tersenarai sebagai penyampai anugerah ialah Timothy Olyphant dan Justin Theroux, Drew Barrymore, Matt Damon, Zoe Saldana, Mandy Moore, Brie Larson, Nicole Kidman, Sofia Vergara dan Sienna Miller.

Priyanka mula mendapat perhatian Hollywood selepas muncul dalam drama bersiri Quantico.

Pelakon itu bakal muncul dalam filem Baywatch di Amerika Syarikat.

Artikel Lain