suria

Janet Jackson Selamat Bersalin Pada Usia 50 Tahun

Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada Selasa.

PENYANYI terkenal Janet Jackson selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana pada Selasa.

Jurucakapnya dalam satu kenyataan kepada People memberitahu Janet, 50 dan suaminya Wissam Al Mana teruja dengan kelahiran bayi berkenaan dan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

"Janet dan suami teruja dengan kelahiran Eissa Al Mana dan penyanyi itu kini berada dalam keadaan baik selepas melalui proses bersalin yang selamat," kata kenyataan itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan berita mengenai kehamilan penyanyi itu tersebar pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu spekulasi mengenai keadaan Janet hebat diperkatakan apabila dia menangguhkan konsert jelajahnya dan memberitahu ingin memberi fokus kepada keluarga.

"Saya dan suami sedang merancang keluarga dan atas sebab itu saya terpaksa menunda konsert jelajah ini," katanya dalam satu video pendek.

Pada Oktober lalu, Janet secara terbuka berkongsi gambar kehamilannya menerusi majalah People dan memberitahu bersyukur dengan kurniaan tuhan kepadanya dan suami.

Artikel Lain