suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman Lelaki Sangkal Dedah George Michael Cuba Bunuh Diri

Fadi Fawaz mendakwa akaun Twitter miliknya telah digodam dan tidak pernah memuat naik status berhubung kematian teman lelakinya, penyanyi George Michael.

TEMAN lelaki kepada George Michael dikritik hebat apabila memuat naik status di Twitter kononnya penyanyi itu pernah beberapa kali cuba membunuh diri sebelum ini.

Fadi Fawaz, 43, bagaimanapun menyangkal dakwaan itu sebaliknya memberitahu akaun miliknya itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menyebarkan berita palsu.

"Ia sama sekali tidak benar. Akaun Twitter saya digodam," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Status bagaimanapun sudah dipadam oleh Fadi sejurus selepas ia tersebar luas di media sosial.

Terdahulu, George ditemui mati di kediamannya di River Thames West London oleh Fadi pada 25 Disember lalu.

Jurucakapnya ketika itu memberitahu kematian penyanyi lagu Careless Whisper itu disebabkan masalah jantung.

Bagaimanapun bedah siasat dijalankan gagal mencari punca kematian sebenar penyanyi itu dan ujian lain akan dilakukan bagi menentukan perkara itu.

Artikel Lain