Koreaboo melaporkan keadaan kulit wajah penyanyi itu kelihatan teruk dan ia jelas kelihatan apabila kamera melakukan syot dekat muka Jungkook.
"Walaupun ia adalah normal untuk seorang lelaki yang masih muda sepertinya untuk mengalami masalah jerawat tetapi ia kelihatan agak teruk sehingga jelas kelihatan.
"Ia mungkin disebabkan wajahnya alergi dengan solekan dan membuatkan ia sukar untuk sembuh," kata salah seorang peminatnya di Instagram.
Peminat juga melahirkan rasa prihatin kepada Jungkook kerana keadaan wajahnya itu mungkin boleh menyebabkan masalah lain dan akan memburukkan keadaan.


