suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tamat Latihan Ketenteraan, Jaejoong Pamer Tatu Baharu

Jaejoong.

SELAMA 21 bulan menjalani latihan ketenteraan, aktor Jaejoong akhirnya memberitahu berita gembira itu kepada peminat-peminatnya pada Jumaat lalu. 

Aktor itu bukan sahaja tampil dengan imej baharu dan matang, malah menunjukkan tiga tatu baharu yang dilakar di anggota tubuhnya. 

Tiga tatu tersebut berbentuk simbol muzik, keamanan dan iluminati. 

Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak menyukai lukisan tatu yang dianggap tidak sesuai dengan penampilan aktor tersebut sebagai selebriti. 

Mereka juga meminta agar Jaejoong tidak lagi menambah bilangan tatu di badannya. 

"Saya suka simbol muzik tapi simbol iluminati itu tidak sesuai dengan dia. Saya harap dia tidak lagi menambah lakaran tatu di anggota badannya," ujar netizen.

Jaejoong.

Artikel Lain