suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adele Dikatakan Sudah Bersuami Selepas Pakai Cincin Kahwin

Adele dan Simon dikatakan sudah berkahwin.
PENYANYI terkenal Adele dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Simon Konecki, 42, selepas dia dilihat memakai cincin perkahwinan pada jari manis tangan kirinya.

Daily Mail melaporkan, Adele, 28, dilihat tidak cuba menyorok berita berkenaan apabila dilihat muncul di sebuah pasaraya di Los Angeles memakai cincin tersebut.

Berita berkenaan mula menjadi perbualan peminatnya di laman sosial dan ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Adele dilihat memakai cincin perkahwinan pada jari manis tangan kirinya ketika keluar membeli barang di sebuah pasaraya baru-baru ini.

Adele dan Simon mula menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Angelo yang berusia empat tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hello itu dilaporkan merancang untuk berkahwin dalam sebuah majlis tertutup ketika musim cuti sekolah kerana ingin memastikan anak perempuan Simon daripada perkahwinan terdahulu dapat hadir.

Bagaimanapun penyanyi itu yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

Adele, Simon Konecki, Hello

Artikel Sebelum

Artikel Lain