suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendapatan Simon Cowell Susut RM60 Juta

Syarikat milik penerbit dan juri program X Factor iaitu Simon Cowell dilaporkan mengalami penyusutuan keuntungan sebanyak £11 juta (RM60 juta) bagi tahun 2016.
TAHUN 2016 nampaknya tidak memberi tuah kepada penerbit dan juri program X Factor iaitu Simon Cowell apabila syarikat miliknya dilaporkan mengalami penyesutan keuntungan sebanyak £11 juta (RM60 juta).

Daily Mail melaporkan penjualan album artis bawah naungannya yang menurun secara mendadak menjadi penyumbang terbesar kepada keadaan tersebut selain beberapa faktor yang disifatkan sebagai di luar jangkaan.

"Pada tahun lalu, syarikat berkenaan Simco mendapat pulangan sebanyak £33.7 (RM185 juta) tetapi tahun ini hanya £22.7 (RM125 juta) sahaja.

"Penurunan mendadak itu disebabkan penjualan album artis bawah naungan Simon mula merundum ekoran peralihan secara digital," kata sumber.

Dalam pada itu, penurunan rating program X Factor yang turut memperlihatkan Simon sebagai penerbit turut menyumbang kepada kerugian tersebut.

Program yang pernah mendapat 10 juta tontonan kini hanya memperoleh tujuh juta dan angka itu terburuk sejak tahun 2010.

"Kehilangan penonton untuk X Factor memang terdapat jurang yang besar sekaligus memberi kesan kepada pendapatan program menerusi pengiklanan," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun di sebalik penyusutan itu, Simon dilaporkan telah pun memperbaharui kontrak program Britian Got Talent dan X Factor untuk tiga tahun bersama stesen ITV di London yang bernilai jutaan pound sterling.

Artikel Lain