suria

Kelibat Song Joong Ki Di Pasar Raya Jadi Tumpuan Peminat

Song Joong Ki menjadi perhatian apabila muncul di sebuah pasaraya tanpa ditemani oleh pengurus dan pengawal peribadi.
KELIBAT Song Joong Ki di sebuah pasar raya di Seoul baru-baru ini menyebabkan pelakon terkenal itu menjadi tumpuan peminat.

Soompi melaporkan Joong Ki hanya memakai pakaian kasual tanpa ditemani oleh pengurusnya ketika membeli makanan di medan selera dalam pasar raya di Chungdam-dong, Gangnam.

Pelakon itu kelihatan mesra apabila didekati peminat dan dilihat sempat melayan permintaan mereka yang ingin bergambar dengannya.

Joong Ki sempat melayan peminat yang menyapanya.

"Dia kelihatan sangat kacak dan kami tidak menyangka dia tiba-tiba muncul di pasaraya tanpa ditemani oleh pengurus atau pengawalnya.

"Joong Ki juga sempat berbual-bual dengan peminat dan bergambar dengan mereka," kata sumber yang turut berada di lokasi berkenaan.

Sebelum ini, Joong Ki turut menjadi perhatian apabila menghantar trak kopi ke set penggambaran drama bersiri Moonlight Drawn by Clouds untuk menyokong rakannya, Park Go Bum.

Song Joong Ki

Artikel Lain