suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Spider-Man' Berpisah Selepas Sembilan Tahun Berkahwin

Tobey dan Jennifer mengambil keputusan berpisah selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

PELAKON yang terkenal menerusi watak Peter Parker dalam filem Spider-Man iaitu Tobey Maguire berpisah dengan isterinya selepas sembilan tahun berkahwin.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Tobey dan isterinya, Jennifer Meyer dalam satu kenyataan bersama, lapor majalah People.

"Selepas membuat pertimbangan sewajarnya kami mengambil keputusan untuk berpisah.

"Bagaimanapun hubungan kami akan terus kekal baik demi membesarkan dua anak kami dengan penuh kasih sayang," kata kenyataan tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ruby Maguire, 9, dan Otis Maguire, 7 tahun.

Terdahulu, Tobey dan Jennifer menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun.

Spider-Man, Tobey Maguire

Artikel Lain