Lee Min Ho Muncul Drama Baharu Selepas Tiga Tahun Berehat - Bintang Global | mStar

Lee Min Ho Muncul Drama Baharu Selepas Tiga Tahun Berehat

Lee Min Ho berdebar menantikan reaksi peminat terhadap drama lakonan terbaharunya berjudul The Legend Of The Blue Sea.

SELEPAS tiga tahun tidak aktif, pelakon Lee Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul Legend Of The Blue Sea.

Pelakon itu mengakui berasa gementar untuk kembali ke dunia lakonan selepas mengambil keputusan untuk berehat.

Min Ho yang membawakan dua watak berbeza dalam drama berkenaan turut memberitahu bimbang dengan reaksi penonton dan peminat terhadap projek terbaharunya itu nanti.

"Saya gementar dan tidak sabar untuk melihat bagaimana reaksi penonton kerana peranan saya dalam drama ini sangat mencabar apabila perlu membawakan dua watak berbeza.

"Saya perlu menjadi seorang bangsawan dan dalam masa sama menjadi seorang penipu," ujarnya seperti dipetik Soompi.

Drama baharu terbitan SBS itu merupakan drama kemunculan semula Min Ho selepas The Heirs yang ditayangkan pada 2013.

Legend of The Blue Sea
 bakal disiarkan pada 16 November depan.

Lee Min Ho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain