suria

Taylor Swift-Tom Hiddleston Berpisah Selepas Tiga Bulan Bercinta

Taylor dan Tom berpisah hanya selepas tiga bulan menjalinkan hubugan cinta.

PENYANYI Taylor Swift dan Tom Hiddleston dilaporkan sudah berpisah hanya selepas tiga bulan bersama sebagai pasangan kekasih.

People melaporkan keputusan itu dibuat oleh kedua-dua pihak secara baik dan menurut sumber hubungan mereka masih kekal sebagai sahabat.

"Mereka berpisah hanya selepas tiga bulan bercinta namun keputusan itu dibuat secara bersama dan hubungan mereka kekal baik," kata sumber.

Berita perpisahan pasangan itu heboh diperkatakan selepas Tom dan Taylor dilihat jarang tampil bersama selepas kali terakhir pada 27 Julai lalu ketika mereka keluar makan malam disebuah restoran.

Faktor berjauhan juga dilihat menjadi punca perpisahan itu apabila Tom sebelum ini berada di Australia bagi menjalani penggambaran filem terbaharunya Thor: Ragnarok.

Bagaimanapun pasangan itu dikatakan sempat menghabiskan masa bersama pada pertengahan Ogos lalu di Rhode Island.

Taylor dikatakan menghantar jet peribadi untuk mengambil Tom dan membawanya ke pulau berkenaan.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun lalu selepas Taylor berpisah dengan bekas teman lelakinya yang juga produser muzik, Calvin Harris.

Taylor Swift, Tom Hiddleston

Artikel Lain