suria

Heboh Imej Michael Jackson Di Foto Selfie Anaknya

ANAK kepada mendiang Michael Jackson iaitu Paris Jackson menjadi bualan hangat apabila foto selfienya menarik perhatian netizen.

Foto yang dimuat naik oleh wanita itu pada Mei lalu dikatakan terakam sesuatu objek yang menyerupai imej ayahnya yang sudah meninggal dunia pada 2009.

Daily Mail
melaporkan salah seorang netizen menulis komen di foto berkenaan bertanya tentang apa yang kelihatan di belakang kerusi kereta Paris.

"Siapa yang ada dia kerusi belakang? Ia seperti Micheal Jackson," ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 1,000 komen ditulis oleh pengikut laman sosial di foto berkenaan.

Paris Jackson, Micheal Jackson

Artikel Lain