suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calvin Harris Intim Dengan Pelakon Mexico, Eiza Gonzalez

Calvin kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Eiza Gonzalez.
PENERBIT dan DJ terkenal Calvin Harris dilaporkan sudah melupakan bekas teman wanitanya, Taylor Swift dan kini dikatakan intim dengan pelakon dan penyanyi dari Mexico, Eiza Gonzalez.

E! bagaimanapun melaporkan pasangan itu dilihat sering menghabiskan masa bersama namun Calvin tidak mahu percintaan terbaharunya itu menjadi perhatian umum seperti mana berlaku sebelum ini.

"Mereka berdua tidak mahu percintaan itu menjadi perhatian dan sebab itu pasangan itu mengelak daripada keluar ditempat terbuka.

"Paling penting mereka gembira dengan hubungan tersebut dan ia sudah memadai buat pasnagan itu," kata sumber.

Sebelum ini Eiza pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Calvin Harris, Eiza Gonzalez

Artikel Lain