suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minzy "2NE1" Intai Syarikat Rakaman Lain

SELEPAS khabar angin tentang pembubaran kumpulan 2NE1, peminat dikejutkan sekali lagi dengan berita salah seorang ahli kumpulan itu Minzy akan meninggalkan YG Entertainment.

TV Daily melaporkan kontrak kumpulan tersebut dengan syarikat pengurusannya YG Entertainment sudah hampir tamat.

"Kontrak 2NE1 akan tamat tidak lama lagi dan besar kemungkinan mereka akan bubar. Selain itu, Minzy pula sedang dalam proses untuk menandatangani kontrak dengan label baru.

"Bagaimanapun, ia belum capai kata sepakat dari sudut bayaran kewangan," ujarnya.

Laporan itu membuatkan peminat-peminat kumpulan tersebut berasa susah hati.

Sebelum ini, Minzy membuat peminat curiga apabila memadam nama kumpulan itu 2NE1 di akaun Instagram miliknya.

Minzy, 2NE1

Artikel Lain