suria

Ibu Bagaikan Kembar Jaekyung 'Rainbow'

BARU-BARU ini Jaekyung Rainbow memuatnaik foto selfie bersama ibunya di sebuah lapangan terbang di Filipina.

Anak beranak ini berkunjung ke Filipina untuk bercuti. Dalam gambar tersebut kelihatan wajah ibu Jaekyung masih cantik dan awet muda.

Malah, rata-rata pengikut laman sosial memuji kecantikan ibu penyanyi itu dan beranggapan kedua-dua mereka seperti adik beradik.

"Mereka seperti kembar, sama-sama cantik. Jaekyung benar-benar seiras ibunya dan mereka seperti adik beradik," ujar netizen.

Dalam perkembangan kerjaya seni, wanita ini sedang sibuk menjadi hos program Beauty Bible bersama bekas ahli Girls Generation Jessica.
Jaekyung 'Rainbow'

Artikel Lain