suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iron Mengaku Ambil Dadah, Mohon Maaf Kepada Peminat

Iron tampil memohon maaf kepada peminatnya selepas dia ditangkap atas kesalahan mengambil dadah jenis marijuana baru-baru ini.

PENYANYI rap Iron tampil memohon maaf kepada para peminatnya selepas dia ditangkap bersama sembilan individu lain atas kesalahan mengambil dadah jenis marijuana baru-baru ini.

Soompi melaporkan Iron atau nama sebenarnya Jung Heon Chul berkata dia bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan selain berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

"Saya tiada alasan mengapa melakukan perbuatan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan saya dan berharap peminat menerima permohonan maaf saya," katanya menerusi satu temubual singkat bersama media pada Sabtu.

Dalam pada itu, Iron turut menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah bagi meningkatkan keyakinan diri dan fokus terhadap karier nyanyiannya.

Jelasnya, dia mengambil dadah tersebut pada awalnya sekadar untuk mencuba dan sekadar akan kesan terhadap tindakannya itu.

Iron

Artikel Lain