suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Pengurusan Sahkan Kai (EXO) & Krystal Bercinta

Syarikat pengurusan Kai dan Krystal mengesahkan mereka berdua kini sedang bercinta.
GOSIP yang mengatakan anggota kumpulan EXO iaitu Kai dan penyanyi Krystal mempunyai hubungan istimewa akhirnya terjawab apabila mereka dilaporkan sah bercinta.

Allkpop melaporkan syarikat pengurusan kedua-dua artis itu, SM Entertainment mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wakil SM Entertainment dalam kenyataan dikeluarkan memberitahu Kai dan Krystal sebelum ini hanya berkawan baik namun hubungan tersebut berubah menjadi lebih serius pada awal tahun ini.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu didedahkan.

Sebelum ini mereka dilihat sering bersama namun menyangkal dakwaan sedang dilamun cinta.

Kai EXO, Krystal

Artikel Lain