suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt Pujuk Cara Delevingne Berlakon Filemnya

PELAKON dan penerbit filem World War Z, Brad Pitt dikatakan kini sedang merayu model dan pelakon Cara Delevingne untuk membintangi sekuel filem berkenaan.

Menurut Sumber, suami Angelina Jolie itu berusaha keras memujuk model terkenal itu untuk memberi kerjasama kepada produksi miliknya.

"Brad berpendapat bakat Cara belum digali sepenuhnya, Brad benar-benar berharap Cara mahu bekerjasama, namun wanita itu mempunyai masalah jadual yang terlalu padat," ujar sumber.

Walaupun harapan tipis untuk mendapatkan Cara, Pitt tetap berusaha berkomunikasi dan memperkenalkan Cara dengan seorang guru lakonan terbaik Hollywood.

Dia benar-benar yakin Cara boleh meraih anugerah Oscar suatu hari nanti.

Cara terlibat secara serius dalam bidang lakonan sejak tahun 2014. Pada tahun 2015 sahaja, dia tampil dalam lima buah filem.
Brad Pitt

Artikel Lain