suria

Kendall Jenner Jalin Hubungan Rahsia Dengan Bintang Bola Keranjang

Kendall dan Jordan dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta secara rahsia.
MODEL Kendall Jenner dilaporkan menjalinkan hubungan rahsia dengan bintang bola Keranjang iaitu Jordan Clarkson.

People melaporkan pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah kelab di Hollywood namun kemunculan mereka secara berasingan.

Menurut sumber terdekat, pasangan berkenaan telah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

"Mereka sudah bercinta sejak beberapa bulan lalu dan Kendall tertarik dengan Jordan kerana lelaki berkenaan seorang yang romantik dan baik," kata sumber itu.

Sebelum ini, Kendall dilihat hadir ke perlawanan Lakers yang disertai Jordan dan turut ditemani adiknya, Kylie Jenner.

Kendall Jenner, Jordan Clarkson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain