suria

Album Terbaik Anugerah Grammy Ke-58 Milik Taylor Swift

Taylor Swift menjadi wanita pertama memenangi Album Terbaik sebanyak dua kali dalam sejarah Anugerah Grammy.

LOS ANGELES: Album penyanyi Taylor Swift berjudul 1989 diumumkan sebagai pemenang Album Terbaik pada Anugerah Grammy kali ke-58 pada Isnin.

Taylor, 26, menumpaskan empat pencalonan lain untuk kategori utama itu iaitu Kendrick Lamar (To Pimp a Butterfly), The Weeknd (Beauty Behind the Madness), Alabam Shakes (Sound & Color) dan Chris Stapleton (Traveller).

Penyanyi itu ketika memberi ucapan turut menekankan kejayaannya menjadi wanita pertama memenangi kategori berkenaan sebaganyak dua kali.

"Apa yang ingin saya katakan kepada semua wanita diluar sana, akan ada orang diluar saya yang cuba merendah-rendahkan kejayaan anda atau mengambil kredit terhadap pencapaian dan kemasyhuran anda.

Ed Sheeran bersama trofi Lagu Terbaik.

"Tetapi jika anda fokus kepada kerja dan tidak membiarkan orang sebegini melemahkan anda suatu hari nanti ia akan terbayar," katanya.

1989 turut menjadi album terlaris sepanjang tahun 2015.

Selain Album Terbaik, Taylor turut membawa pulang trofi Album Pop Terbaik dan Muzik Video Terbaik untuk lagu Bad Blood.

Pada 2010, Taylor turut mencipta sejarah apabila menjadi artis termuda yang ketika itu dia berusia 20 tahun dan membawa pulang trofi Album Terbaik menerusi Fearless.

Pada Grammy tahun ini, Taylor menerima tujuh pencalonan secara keseluruhan termasuk Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik namun tidak berjaya memenanginya.

Meghan Trainor dipilih sebagai pemenang Artis Baru Terbaik.

Sementara itu, lagu Thingking Out Loud nyanyian Ed Sheeran diumumkan sebagai penerima trofi Lagu Terbaik manakala Uptown Funk nyanyian Mark Ronson menampilkan Bruno Mars membawa pulang trofi Rekod Terbaik.

Ed, 24, berjaya menumpaskan empat pesaing lain dalam kategori sama iaitu Kendrick Lamar (Alright), Taylor Swift (Blank Space), Little Big Town (Girl Crush) dan Wiz Khalifa Feat Charlie Puth (See You Again).

Penyanyi berasal dari London, England itu turut membawa pulang trofi kategori Persembahan Pop Solo Terbaik.

Dalam perkembangan sama, penyanyi rap Kendrick Lamar mendahului senarai pemenang dengan lima trofi daripada 11 pencalonan yang diterimanya.

Kendrick Lamar bawa pulang lima trofi Grammy.

Kendrick menggondol hampir kesemua trofi kategori rap termasuk Album Rap Terbaik menerusi To Pimp A Butterfly selain Lagu Rap Terbaik (Alright).

Penyanyi berusia 28 itu turut membawa pulang trofi Persembahan Rap Terbaik dan Kolaborasi Rap Terbaik.

Manakala Megan Trainor dipilih sebagai pemenang Artis Baru Terbaik.

Selain Kendrick, Taylor Swift dan kumpulan The Weeknd mendapat tujuh pencalonan pada Grammy tahun ini.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy ke-58 setakat ini.

Album Terbaik

1989 - Taylor Swift 

Rakaman Terbaik

Uptown Funk - Mark Ronson featuring Bruno Mars

Lagu Terbaik

Ed Sheeran - Thingking Out Loud

Artis Baharu Terbaik

Meghan Trainor

Persembahan Solo Pop Terbaik

Ed Sheeran - Thingking Out Loud

Persembahan Berkumpulan/Duo Terbaik

Mark Ronson Feat Bruno Mars - Uptown Funk

Album Pop Terbaik

Taylor Swift - 1989

Lagu Rock Terbaik

Alabam Shakes - Don't Wanna Fight

Album Rock Terbaik

Muse - Drones

Persembahan R&B Terbaik

The Weeknd - Earned It (Fifty Shades of Grey)

Lagu R&B Terbaik

D'Angelo & Kendra Foster - Really Love

Album R&B Terbaik

D'Angelo & The Vanguard - Black Messiah

Persembahan Rap Terbaik

Kendrick Lamar - Alright

Kolaborasi Rap Terbaik

Kendrick Lamar Feat Bilal, Anna Wise and Thundercat - These Walls

Lagu Rap Terbaik

Kendrick Lamar - Alright

Album Rap Terbaik

Kendrick Lamar - To Pimp a Butterfly
Grammy Ke-58

Artikel Berikut

Artikel Lain