suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album Jaejoong 'No.X' Masuk Carta Muzik Dunia

Jaejoong.

POPULARITI yang diraih anggota kumpulan JYJ iaitu Jaejoong, membuatkan album solonya iaitu No. X yang dilancarkan baru-baru ini berjaya memasuki carta muzik dunia.

Menurut laporan Allkpop, ia merupakan satu pencapaian yang hebat memandangkan album tersebut belum melalui sebarang promosi lagi.

Setakat ini, No.X menduduki carta nombor satu di i-tunes bagi kategori album k-pop di Indonesia, Hong Kong, Jepun, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam termasuklah Malaysia.

Bukan sahaja di negara Asia, No.X turut mendapat senarai tertinggi i-tunes di Amerika Syarikat, Kanada, Portugal, Turki, Rusia, Hungari, Peru, Argentina dan Colombia.

Pencapaian tersebut secara langsung mengalahkan album  Winner, Ryeowook, Bangtan Boys dan Up10town.


Jaejoong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain