suria

Program Realiti 'Produce 101' Terima Kecaman Penonton

Program Produce 101 menerima kritikan hebat selepas kontrak para peserta yang dilihat berat sebelah tersebar baru-baru ini.
PENERBIT program realiti Produce 101, Mnet menerima kecaman apabila kontrak dibuat untuk 101 peserta rancangan tersebut dilaporkan tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

Allkpop melaporkan kontrak yang tersebar di internet itu dikatakan tidak memberi bayaran kepada peserta menyertai program tersebut biarpun ia mendapat rating tinggi.

Pihak penerbit juga dilaporkan mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah suntingan dan teknikal sepanjang program berlangsung.

Program yang sedang berlangsung di sebuah stesen televisyen Korea itu dikatakan berat sebelah dan hanya mengekalkan peserta pilihan mereka sahaja.

Sejak kontrak berat sebelah tersebut tersebar, rata-rata penonton menyatakan rasa kesal dan enggan menonton rancangan tersebut.

Program realiti tersebut mengabungkan seramai 101 peserta yang mana terdiri daripada pekerja pelatih daripada 40 agensi pekerjaan di Korea Selatan.
Produce 101, Mnet

Artikel Lain