suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Garner & Patrick Dempsey Dilaporkan Bercinta

Patrick Dempsey dan Jennifer Garner dilaporkan sedang hangat bercinta.

PELAKON Jennifer Garner dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Patrick Dempsey selepas berpisah dengan bekas suaminya, Ben Affleck pada Jun tahun lalu.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Jennifer, 43 dan Patrick, 49, merahsiakan percintaan berkenaan daripada pengetahuan umum bagi mengelak sebarang publisiti.

Pasangan itu dikatakan mula berpacaran selepas Jennifer mengambil langkah berani mengajak Patrick keluar sebelum mendapati mereka mempunyai keserasian.

Bagaimanapun, Patrick dan Jennifer sudah berkawan selama beberapa tahun sebelum ini dan mereka pernah bergandingan dalam filem Valentine's Day pada 2009.

Ben pula dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan aktres, Sienna Miller. - FOX NEWS


Jennifer Garner, Patrick Dempsey

Artikel Lain