suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Laura Tidak Akan Jadi Rakyat Amerika Syarikat

Cinta Laura
AKTRES Indonesia Cinta Laura menegaskan dia tidak akan mengubah status kewarganegaraannya meskipun kini menetap di Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung pengajiannya.

Menurtut laporan Kapanlagi, Cinta meluahkan rasa kesal apabila ramai yang beranggapan dia sudah mengubah kerakyatannya menjadi rakyat AS hanya kerana dia menetap di negara itu.

"Saya tidak akan tukar kewarganegaraan saya. Saya kesal dengan kewujudan khabar angin itu. Tetapi saya tidak peduli dengan apa yang orang kata.

"Saya masih berbangga kerana menjadi rakyat Indonesia kerana ibu saya orang sini. Tetapi pada masa sama saya juga berbangga mempunyai darah Jerman yang diwarisi ayah saya," tegasnya.
Cinta Laura

Artikel Lain